FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI SERTAI KARNIVAL JOM MASUK IPT 2020 ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) bersama-sama delegasi daripada Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA) Universiti Malaysia Kelantan telah dijemput untuk menyertai Karnival Jom Masuk IPT anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bermula daripada 15 Februari 2020 sehingga 29 Mac 2020. Karnival ini telah dijadualkan untuk dilaksanakan di beberapa zon di seluruh Malaysia termasuk Johor, Pahang, Kedah, Sabah, Perak,Terengganu, Sarawak dan  Selangor.

Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM, Matrikulasi, STPM, Diploma dan sebagainya untuk meneroka peluang bagi melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Negara. Wakil Fakulti telah mengambil peluang bagi mempromosikan tiga program akademik yang ditawarkan di FBKT semasa menyertai Karnival Jom Masuk IPT di Johor Bharu (15-16 Feb 2020), Kuantan (22-23 Feb 2020), Jitra (29 Feb – 1 Mac 2020) dan Kota Kinabalu (7-8 Mac 2020). Walaupun pelbagai aktiviti promosi telah dirangka bersempena dengan karnival ini, penganjuran karnival ini do zon yang seterusnya terpaksa ditangguhkan disebabkan penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di seluruh Negara. Semoga rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan dan kita semua dapat kembali menjalani hidup seperti sediakala. #kitajagakita

Artikel dan Foto: Dr Ainihayati Binti Abdul Rahim